Berita Berita
KWSP perlu imbang simpanan persaraan, kesusahan pencarum terdesak - PGIRM
KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menggesa kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar tidak hanya menumpukan isu kecukupan simpanan persaraan, sebaliknya perlu memberi pertimbangan terhadap pencarum yang berdepan kesusahan kewangan mendesak hari ini.
Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir memaklumkan dalam kenyataan media bahawa pertubuhan berkenaan mengambil maklum kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berhubung kepentingan simpanan hari tua, namun menegaskan bahawa realiti kesusahan hidup ahli yang kehilangan pekerjaan mahupun berdepan masalah kesihatan tidak boleh dipandang ringan.
PGIRM menegaskan bahawa perjuangan yang dibawa bukan untuk menggalakkan pengeluaran secara bebas, sebaliknya menggesa penilaian dilakukan ke atas mekanisme pengeluaran bersasar, bersyarat, terhad, dan terkawal berdasarkan data serta kedudukan kewangan pencarum yang benar-benar memerlukan.
Pertubuhan berkenaan turut mengesahkan telah menyerahkan kertas dasar mengandungi cadangan berkaitan isu terbabit kepada Pejabat Perdana Menteri pada 11 September lalu untuk dinilai secara rasmi berasaskan fakta dan keperluan sebenar ahli.
PGIRM berharap prinsip keterangkuman dasar KWSP diterjemahkan menerusi pendekatan yang membolehkan kesusahan hidup pencarum dibantu tanpa menjejaskan kepentingan simpanan masa depan mereka secara berhemat dan bertanggungjawab. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 28, 2026, 6:10 pm
Anwar tegur sikap mudah hukum, label munafik akibat kefahaman agama terbatas
October 28, 2026, 6:03 pm
AADK ambil tindakan tatatertib terhadap pegawai cuai susulan siasatan EAIC
October 28, 2026, 5:59 pm
Tiga lelaki, dua remaja perempuan ditahan khalwat di kondominium mewah
October 28, 2026, 4:24 pm
Pramugara didakwa semula atas pertuduhan membunuh pekerja penyelenggaraan
October 28, 2026, 4:22 pm
‘Jangan bimbang, kita geng biru’ – Ahmad Zahid beri 'hint' kemelut kerusi MCA selesai
October 28, 2026, 4:20 pm
Lelaki ditahan buat hantaran karikatur didakwa hina polis
October 28, 2026, 4:16 pm
Polis KL jejak 10 peratus pelajar kerap ponteng, tambah Pegawai Perhubungan Sekolah
October 28, 2026, 3:52 pm
Keluarga wanita tular tarik tengkuk, cium pipi Bella Astillah tampil mohon maaf
October 28, 2026, 3:41 pm
