Berita Berita
Lelaki ditahan buat hantaran karikatur didakwa hina polis
LANGKAWI, 28 Okt. – Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung hantaran karikatur di media sosial yang didakwa menghina pasukan polis.
Permohonan reman berkenaan dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Langkawi hari ini susulan tangkapan yang dibuat oleh polis Kedah di Presint 2, Putrajaya semalam berserta rampasan sebuah telefon bimbit.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah memaklumkan bahawa hantaran yang tular sejak 25 Oktober lalu memaparkan karikatur dua imej lelaki berpakaian seragam polis mengenakan solekan dan membawa beg tangan wanita di hadapan sebuah lapangan terbang.
Sebanyak 38 laporan polis di pelbagai negeri diterima berhubung hantaran terbabit yang kini disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Polis Kedah menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang komen atau spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 6:10 pm
Anwar tegur sikap mudah hukum, label munafik akibat kefahaman agama terbatas
October 28, 2026, 6:03 pm
AADK ambil tindakan tatatertib terhadap pegawai cuai susulan siasatan EAIC
October 28, 2026, 5:59 pm
Tiga lelaki, dua remaja perempuan ditahan khalwat di kondominium mewah
October 28, 2026, 5:53 pm
KWSP perlu imbang simpanan persaraan, kesusahan pencarum terdesak - PGIRM
October 28, 2026, 4:24 pm
Pramugara didakwa semula atas pertuduhan membunuh pekerja penyelenggaraan
October 28, 2026, 4:22 pm
‘Jangan bimbang, kita geng biru’ – Ahmad Zahid beri 'hint' kemelut kerusi MCA selesai
October 28, 2026, 4:16 pm
Polis KL jejak 10 peratus pelajar kerap ponteng, tambah Pegawai Perhubungan Sekolah
October 28, 2026, 3:52 pm
Keluarga wanita tular tarik tengkuk, cium pipi Bella Astillah tampil mohon maaf
October 28, 2026, 3:41 pm
