TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar tegur sikap mudah hukum, label munafik akibat kefahaman agama terbatas

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 28 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap segelintir individu yang mudah melabel orang lain sebagai munafik dan mengkafirkan sesama Islam hanya disebabkan perbezaan pandangan.

Anwar dalam ucapannya pada Majlis Ilmu Madani di Kompleks Seri Perdana hari ini menyifatkan kecenderungan menghukum selepas mempelajari agama secara terbatas sebagai masalah yang perlu ditangani menerusi pengukuhan ilmu serta kefahaman Islam secara menyeluruh.

Menurut beliau, usaha mengangkat martabat umat Islam sepatutnya bermula dengan tradisi keilmuan dan pendekatan dakwah berasaskan hikmah, bukannya tindakan mudah menghukum atau memurtadkan sesama Islam.

Beliau turut meluahkan rasa kesal berhubung tindakan beberapa individu di Parlimen yang melemparkan tuduhan bahawa kepemimpinan serta belanjawan kerajaan sebagai munafik, meskipun usaha menghidupkan semula pengajian kitab turath, sekolah pondok, dan pesantren terus diperkasa.

Perdana Menteri mementingkan kepimpinan menerusi teladan yang baik menerusi akhlak, kesederhanaan, serta toleransi dalam mendepani masyarakat pelbagai agama dan latar belakang di negara ini.

+ - reset