Berita Berita
Bayi masih bernyawa ditemukan tertimbus dalam tanah di Jalan Airport
KAPIT 29 Okt – Tangisan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan membawa kepada penemuannya dalam keadaan masih bernyawa selepas ditemukan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport, di sini, pada Selasa.
Bayi malang itu ditemukan anggota polis yang menjalankan pencarian di kawasan berkenaan selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 2.30 petang.
Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, anggota polis terdengar tangisan bayi sebelum mengesan lokasi mangsa yang tertimbus dalam tanah.
"Polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 2.30 petang semalam. Pada waktu itu, anggota terdengar tangisan bayi sebelum melakukan pencarian dan menemukannya tertimbus dalam tanah,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Menurut Rohana, bayi berkenaan ditemukan dalam keadaan kritikal sebelum dihantar ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau berkata, pihak polis turut berjaya mengenal pasti ibu kepada bayi tersebut.
Bagaimanapun, siasatan terhadap wanita berkenaan masih belum dapat dijalankan kerana dia kini sedang menerima rawatan di hospital.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan membuang atau mendedahkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dengan niat meninggalkannya.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 9:24 pm
'Ganti pekerja asing baru' - Kerajaan benarkan pelarian Rohingya bekerja secara sah dengan syarat
October 28, 2026, 6:10 pm
Anwar tegur sikap mudah hukum, label munafik akibat kefahaman agama terbatas
October 28, 2026, 6:03 pm
AADK ambil tindakan tatatertib terhadap pegawai cuai susulan siasatan EAIC
October 28, 2026, 5:59 pm
Tiga lelaki, dua remaja perempuan ditahan khalwat di kondominium mewah
October 28, 2026, 5:53 pm
KWSP perlu imbang simpanan persaraan, kesusahan pencarum terdesak - PGIRM
October 28, 2026, 4:24 pm
Pramugara didakwa semula atas pertuduhan membunuh pekerja penyelenggaraan
October 28, 2026, 4:22 pm
‘Jangan bimbang, kita geng biru’ – Ahmad Zahid beri 'hint' kemelut kerusi MCA selesai
October 28, 2026, 4:20 pm
Lelaki ditahan buat hantaran karikatur didakwa hina polis
October 28, 2026, 4:16 pm
