TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM doakan Sultan Selangor segera sembuh

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 NOVEMBER - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah segera dikurniakan kesembuhan dan kembali pulih seperti sediakala.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menzahirkan doa ke hadrat Allah SWT agar kesihatan dan kesejahteraan Sultan Sharafuddin sentiasa dilindungi.

“Mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan, segera dikurniakan kesembuhan dan keafiatan serta sentiasa berada dalam lindungan dan limpahan rahmat-Nya,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilapor gering akibat dijangkiti virus Influenza A.

Istana Alam Shah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gejala berkenaan disahkan doktor peribadi yang merawat baginda, Datuk Dr Anuar Onah dan Datuk Dr Tan Hui Meng.

Sehubungan itu, doktor yang merawat menasihati baginda berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis bagi tempoh lima hingga tujuh hari bagi membolehkan baginda pulih sepenuhnya.

+ - reset