Berita Berita
Pengurusan LLM perlu bertanggungjawab isu TuJu
KUALA LUMPUR 31 OKTOBER - Pengurusan tertinggi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) perlu bertanggungjawab sekiranya didapati menyampaikan maklumat tidak tepat berhubung fungsi aplikasi navigasi TuJu.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang maklumat yang disampaikan wakil LLM dalam mesyuarat berkaitan isu berkenaan perlu dipertanggungjawab oleh pihak organisasi terbabit.
“TuJu ialah aplikasi di bawah jagaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan juga Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).
“Sekiranya ada apa-apa maklumat yang wakil mereka sampaikan ketika mesyuarat, mereka perlu bertanggungjawab atas maklumat yang disampaikan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan Wartawan Yayasan CVSKL di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian kerajaan berhubung fungsi TuJu susulan kenyataan Pengerusi LLM bahawa aplikasi itu tidak bertujuan menggantikan aplikasi navigasi seperti Waze.
Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi LLM, Datuk Seri Hasni Mohammad menjelaskan, aplikasi navigasi TuJu dibangunkan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan di lebuh raya bertol, bukannya untuk bersaing secara langsung dengan Waze.
Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan akan memberi nasihat kepada LLM berhubung fungsi TuJu, Fahmi berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat yang dimaksudkan dan tidak mengetahui perkara yang dibincangkan.
Berita berkaitan
October 31, 2026, 5:36 pm
'Jangan lepas pekerja sewenang-wenangnya', Fahmi sedia bantu syarikat media terjejas kewangan
October 31, 2026, 2:54 pm
PRN Melaka: SPR sahkan 79 calon bertanding di Melaka
October 31, 2026, 11:20 am
Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri bermula hujung minggu ini
October 31, 2026, 10:37 am
PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi
October 31, 2026, 9:13 am
PRN Melaka: Pusat Penamaan Calon dibuka 9 pagi
October 30, 2026, 9:43 pm
Tragedi Nepal-Tibet: PERKESO mula hubungi waris, bayaran dijangka 4 November ini
October 30, 2026, 8:40 pm
MOF tangguh kontrak baharu jalan luar bandar elak tunggakan bayaran, bukannya batal projek
October 30, 2026, 8:23 pm
Polis siasat insiden cermin tren KTMB pecah dalam perjalanan ke Alor Setar
October 30, 2026, 8:19 pm
