Berita Berita
PRN Melaka: Pusat Penamaan Calon dibuka 9 pagi
MELAKA 31 OKTOBER - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bermula hari ini melibatkan 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri, sekali gus membuka tirai persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Proses penamaan calon berlangsung dari 9 hingga 10 pagi, dengan kertas pencalonan masing-masing akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum senarai calon yang layak bertanding disytiharkan.
Penamaan calon itu turut menandakan bermulanya tempoh berkempen selama 14 hari sebelum rakyat Melaka keluar mengundi pada 14 November ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 10 November.
Persaingan politik di Melaka menyaksikan gabungan penyandang, muka baharu serta bekas pemimpin yang kembali mencuba nasib dalam usaha meraih mandat rakyat.
Berdasarkan pengumuman parti setakat ini, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional masing-masing mempertaruhkan 24 calon dan 23 calon, manakala Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengumumkan 16 calon.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula meletakkan lapan calon, manakala Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) masing-masing mempertaruhkan lima calon.
Bagi PH, agihan calon membabitkan 10 daripada PKR, tujuh DAP dan tujuh Parti Amanah Negara (Amanah).
BN pula mempertaruhkan 18 calon UMNO, empat MCA dan seorang MIC.
Sementara itu, Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan sebanyak 189 borang penamaan calon dibeli bagi PRN Melaka setakat Khamis malan, dengan 45 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit.
Berdasarkan statistik SPR, seramai 687,697 pemilih layak mengundi pada PRN kali ini, membabitkan 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis.
Berita berkaitan
October 31, 2026, 5:36 pm
'Jangan lepas pekerja sewenang-wenangnya', Fahmi sedia bantu syarikat media terjejas kewangan
October 31, 2026, 2:54 pm
PRN Melaka: SPR sahkan 79 calon bertanding di Melaka
October 31, 2026, 11:20 am
Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri bermula hujung minggu ini
October 31, 2026, 10:37 am
PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi
October 30, 2026, 9:43 pm
Tragedi Nepal-Tibet: PERKESO mula hubungi waris, bayaran dijangka 4 November ini
October 30, 2026, 8:40 pm
MOF tangguh kontrak baharu jalan luar bandar elak tunggakan bayaran, bukannya batal projek
October 30, 2026, 8:23 pm
Polis siasat insiden cermin tren KTMB pecah dalam perjalanan ke Alor Setar
October 30, 2026, 8:19 pm
Akaun Fleksibel bukan jawapan lengkap masalah pencarum KWSP terdesak - PGIRM
October 30, 2026, 8:11 pm
