Berita Berita
PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi
MELAKA 31 OKTOBER - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 selesai selepas kesemua 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri ditutup pada 10 pagi ini.
Tempoh sejam bermula 9 pagi diperuntukkan bagi urusan penyerahan borang pencalonan sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan penutupan proses penamaan calon di pusat masing-masing.
Tumpuan kini terarah kepada pengisytiharan rasmi senarai calon yang layak bertanding serta jumlah persaingan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Selepas berakhir proses penamaan calon itu, menandakan bermulanya kempen PRN Melaka selama 14 hari seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), iaitu hingga 11.59 malam pada 13 Nov.
Tinjauan Bernama di beberapa pusat penamaan calon sejak awal pagi tadi mendapati penyokong hadir mengiringi calon parti masing-masing ke lokasi penamaan dalam keadaan terkawal.
SPR menetapkan 10 Nov ini bagi tarikh pengundian awal manakala 14 Nov sebagai hari pengundian.
Sebanyak 687,697 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kali ini, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis.
Berita berkaitan
October 31, 2026, 5:36 pm
'Jangan lepas pekerja sewenang-wenangnya', Fahmi sedia bantu syarikat media terjejas kewangan
October 31, 2026, 2:54 pm
PRN Melaka: SPR sahkan 79 calon bertanding di Melaka
October 31, 2026, 11:20 am
Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri bermula hujung minggu ini
October 31, 2026, 9:13 am
PRN Melaka: Pusat Penamaan Calon dibuka 9 pagi
October 30, 2026, 9:43 pm
Tragedi Nepal-Tibet: PERKESO mula hubungi waris, bayaran dijangka 4 November ini
October 30, 2026, 8:40 pm
MOF tangguh kontrak baharu jalan luar bandar elak tunggakan bayaran, bukannya batal projek
October 30, 2026, 8:23 pm
Polis siasat insiden cermin tren KTMB pecah dalam perjalanan ke Alor Setar
October 30, 2026, 8:19 pm
Akaun Fleksibel bukan jawapan lengkap masalah pencarum KWSP terdesak - PGIRM
October 30, 2026, 8:11 pm
