Berita Berita
'Jangan lepas pekerja sewenang-wenangnya', Fahmi sedia bantu syarikat media terjejas kewangan
KUALA LUMPUR 31 OKTOBER – Syarikat media yang berdepan kemelut kewangan diminta tampil memaklumkan perkara berkenaan secara terus kepada Kementerian Komunikasi sebelum membuat sebarang keputusan ekstrem, terutamanya yang melibatkan pemberhentian pekerja.
Menterinya, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah awal itu penting bagi membolehkan pihak kementerian meneliti ruang bantuan yang wajar serta mengelakkan petugas media kehilangan sumber pendapatan secara mendadak.
Beliau menjelaskan, satu pertemuan khusus bersama sidang redaksi dan pihak pengurusan tertinggi syarikat yang terjejas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan punca sebenar masalah tersebut.
“Ini satu keadaan yang agak memilukan dan saya akan menjemput sidang redaksi serta pasukan syarikat terbabit, terutama pengurusan tertinggi untuk duduk berbincang.
“Saya ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mana-mana syarikat media yang berdepan dengan masalah ini, datang jumpa saya, kita akan teliti penyelesaiannya.
“Janganlah, janganlah, janganlah… tiga kali saya sebut, janganlah dilepaskan pekerja sewenang-wenangnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan Wartawan Yayasan CVSKL, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan komitmen kerajaan untuk mempertahankan kelangsungan penerbitan media tempatan, khususnya organisasi yang berstatus 'heritage titles' atau 'legacy titles' yang mempunyai nilai sejarah tinggi dalam industri kewartawanan negara.
Justeru, beliau berharap pihak pengurusan syarikat bersikap lebih terbuka dan meletakkan kebajikan pekerja sebagai keutamaan sebelum mengambil tindakan drastic.
“Kalau boleh, waktu ini elaklah daripada pekerja hilang pekerjaan. Kedua, saya tak nak terutamanya 'heritage titles' atau 'legacy titles' hilang. Jadi, saya lebih suka perkara itu tidak berlaku.
“Kalau masalah disiplin, itu perkara berbeza. Tetapi kalau masalah kewangan, sila berjumpa saya dan kita akan cuba bantu dengan sedaya upaya kita,” tambahnya.
Berita berkaitan
October 31, 2026, 5:58 pm
Pengurusan LLM perlu bertanggungjawab isu TuJu
October 31, 2026, 2:54 pm
PRN Melaka: SPR sahkan 79 calon bertanding di Melaka
October 31, 2026, 11:20 am
Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri bermula hujung minggu ini
October 31, 2026, 10:37 am
PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi
October 31, 2026, 9:13 am
PRN Melaka: Pusat Penamaan Calon dibuka 9 pagi
October 30, 2026, 9:43 pm
Tragedi Nepal-Tibet: PERKESO mula hubungi waris, bayaran dijangka 4 November ini
October 30, 2026, 8:40 pm
MOF tangguh kontrak baharu jalan luar bandar elak tunggakan bayaran, bukannya batal projek
October 30, 2026, 8:23 pm
Polis siasat insiden cermin tren KTMB pecah dalam perjalanan ke Alor Setar
October 30, 2026, 8:19 pm
