TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, murid digalak pakai pelitup muka

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 2 Nov. – Semua sekolah di negeri Selangor akan beroperasi seperti biasa esok walaupun keadaan jerebu masih berlaku di beberapa kawasan.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) menerusi kenyataan rasmi mengingatkan semua pihak agar sentiasa mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan murid, di samping peka terhadap perkembangan terkini Indeks Pencemar Udara (IPU).

JPN Selangor menggalakkan murid yang hadir ke sekolah untuk memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan awal, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan sensitif.

Pihak jabatan turut memberi kelonggaran kepada ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak-anak untuk tidak menghantar mereka ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak sekolah.

Sebarang perkembangan atau arahan terbaharu berhubung sesi persekolahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi JPN Selangor dan pengurusan sekolah. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset