TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekalan makanan negara kukuh bagi tempoh enam bulan, tiada keperluan langkah kecemasan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 2 Nov. – Kapasiti bekalan makanan di Malaysia disahkan mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, sekali gus menafikan keperluan untuk negara mengambil langkah kecemasan bagi menghadapi sebarang potensi gangguan bekalan barangan asas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara terbabit dan memberi jaminan bahawa tahap keterjaminan makanan negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan mencukupi untuk seluruh rakyat serta penduduk di negara ini.

Beliau yang ditemui selepas Mesyuarat Kerjasama Malaysia-China dalam Pelaburan, Perdagangan dan Pemerkasaan Ekonomi di sini hari ini turut menegaskan bahawa Malaysia tidak berada dalam keadaan darurat yang memerlukan rakyat menyimpan bekalan makanan atau barangan keperluan secara berlebihan.

Kenyataan berkenaan dibuat bagi merespons laporan antarabangsa mengenai sekurang-kurangnya 33 negara dunia—termasuk Perancis dan United Kingdom—yang mengeluarkan panduan menggalakkan rakyat mereka menyimpan bekalan asas sekurang-kurangnya untuk 72 jam bagi menempuh ancaman global seperti konflik bersenjata, cuaca ekstrem serta serangan siber.

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa pemantauan rapi sentiasa dijalankan bagi memastikan stok simpanan bahan makanan sentiasa berada pada paras optimum tanpa perlu mencetuskan sebarang panic buying.

+ - reset