TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga beranak maut, remaja cedera parah kereta terbabas rempuh pokok kelapa sawit

By
|
Kongsi
image

TAWAU, 2 Nov. – Tiga beranak maut manakala seorang lagi penumpang cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit di Batu 14, Jalan Apas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh mengesahkan mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah seorang wanita berusia 50 tahun bersama dua anak lelakinya berusia 28 dan 30 tahun, manakala anak perempuannya berusia 15 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian perut serta tulang rusuk.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu mebabitkan kenderaan dari arah Kampung Bahagia, Sandakan menuju ke bandar Tawau yang dipandu oleh mangsa berusia 28 tahun.

Siasatan awal mendapati kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan di laluan lurus sebelum terbabas ke bahu kiri jalan, merempuh pokok kelapa sawit, terseret sejauh 60 meter dan terbalik.

Pihak polis turut mengesahkan bahawa pemandu kenderaan berkenaan tidak mempunyai lesen memandu, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sementara kenderaan ditahan untuk pemeriksaan Puspakom. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset