Berita Berita
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam longkang di Chengkau
REMBAU, 2 Nov. – Seorang wanita warga emas berusia 87 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertangkup di dalam longkang di luar rumahnya di Kampung Tanah Datar, Chengkau pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Ngiam Ooi Ming mengesahkan bahawa mayat mangsa yang tinggal seorang diri itu ditemui oleh anak lelakinya yang berusia 66 tahun kira-kira jam 9.45 pagi.
Hasil siasatan awal oleh Pasukan Forensik di lokasi kejadian mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan di tempat penemuan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian sebenar.
Kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak polis.
Berita berkaitan
November 2, 2026, 5:46 pm
Penjara 10 tahun tak setimpal, hukuman penjara perogol kanak-kanak dinaikkan kepada 15 tahun
November 2, 2026, 5:13 pm
Dewan Rakyat tegang, Rayer dakwa Ahmad Zahid sabotaj Kerajaan Madani isu peruntukan luar bandar
November 2, 2026, 5:05 pm
Bekalan makanan negara kukuh bagi tempoh enam bulan, tiada keperluan langkah kecemasan
November 2, 2026, 5:01 pm
Tiga beranak maut, remaja cedera parah kereta terbabas rempuh pokok kelapa sawit
November 2, 2026, 3:14 pm
Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, murid digalak pakai pelitup muka
November 2, 2026, 3:01 pm
KKM rampas 697 unit retatrutide bernilai RM341,000, belum diluluskan untuk kegunaan
November 2, 2026, 2:44 pm
Mohd Shuhaily kembali bertugas, pengerusikan mesyuarat AKPS selepas bercuti
November 2, 2026, 1:31 pm
