Berita Berita
Pemuda tular lakukan ritual di kuil diarah jalani pemulihan akidah tiga bulan
RAWANG, 4 Nov. – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memerintahkan seorang pemuda, Aliff Daniel Adli, 21, menjalani pemulihan akidah di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah.
Hakim Syarie Mohd Faizal Habib menetapkan hukuman terbabit mengikut Seksyen 54(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 bagi menggantikan hukuman penjara dan denda terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) enakmen sama.
Aliff Daniel didakwa melakukan pemujaan salah dengan cara menjunjung alat keagamaan lain, melakukan ritual mencucuk anggota badan dan berlutut di hadapan patung di sebuah kuil di Batu Caves antara jam 9 hingga 11 malam pada 24 Januari 2024.
Dalam penghakimannya, Mohd Faizal menegaskan bahawa perbuatan tertuduh bukan sekadar kesalahan undang-undang bertulis tetapi kesalahan berat membabitkan akidah dan tauhid yang memerlukan taubat nasuha serta pemantauan berterusan oleh pihak berautoriti agama.
Mahkamah menetapkan 25 Februari tahun depan sebagai sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perkembangan pemulihan akidah tertuduh daripada pihak pendakwaan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 4, 2026, 5:40 pm
KPM, PDRM perkukuh kerjasama tangani buli, salah laku murid
November 4, 2026, 4:19 pm
Mat Sabu beri jaminan bekalan beras, barang asas stabil
November 4, 2026, 4:11 pm
Kerajaan jimat RM3 bilion guna kaedah pajakan 28 helikopter untuk agensi kerajaan
November 4, 2026, 3:57 pm
Shuhaily kembali turun padang, tinjau tahap kesiapsiagaan kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu
November 4, 2026, 3:48 pm
KDN murni lebih dua tan al-Quran usang, rosak di perairan Selat Melaka
November 4, 2026, 11:49 am
Da’i Syed bebas tuduhan rogol, Mahkamah Rayuan ketepi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan
November 4, 2026, 10:52 am
Tak nampak bukan halangan urus duit, BSN keluar modul Braille bantu lebih 500 murid masalah penglihatan
November 4, 2026, 10:42 am
