TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

36 PATI ditahan dalam operasi khas Imigresen di Muar

By
|
Kongsi
image

MUAR, 4 Nov. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan seramai 36 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta dua warga tempatan dalam operasi penguatkuasaan di beberapa lokasi sekitar daerah ini pada Isnin.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus memaklumkan bahawa operasi bermula jam 3 pagi itu melibatkan empat operasi khas iaitu Ops Belanja, Ops Sapu, Ops Hijau dan Ops Selera yang menyasarkan premis perniagaan, rumah kediaman serta dusun durian.

Pemeriksaan ke atas 108 individu menyaksikan penahanan 36 warga asing merangkumi 13 lelaki dan dua wanita Indonesia, 10 lelaki dan tujuh wanita Myanmar, tiga lelaki Bangladesh serta seorang wanita Vietnam berusia antara 16 hingga 54 tahun.

Dua warga tempatan yang ditahan dipercayai bertindak sebagai pengurus premis, manakala kesemua tahanan dibawa ke Depot Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Imigresen Johor turut mengeluarkan tiga Borang 29 kepada saksi bagi membantu siasatan di samping merakamkan penghargaan atas maklumat awam yang disalurkan dalam menangani isu warga asing. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset