TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Da’i Syed bebas tuduhan rogol, Mahkamah Rayuan ketepi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 4 Nov - Pendakwah selebriti, Da’i Syed dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan pada Rabu membenarkan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.

Keputusan majoriti dua daripada tiga hakim itu sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.

Panel hakim diketuai Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, manakala Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid memberikan keputusan berbeza.

Ketika membacakan penghakiman, Azman berkata, pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dikemukakan pendakwaan.

“Sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan 10 tahun serta tiga sebatan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan,” katanya.

Keputusan itu mencetuskan suasana sebak di mahkamah apabila pendakwah berkenaan yang juga bapa kepada dua anak dilihat gagal menahan air mata ketika berada di kandang tertuduh.

Isterinya, Hana yang mengikuti prosiding dari galeri awam turut menangis sambil meraup muka sejurus mendengar keputusan mahkamah.

Sebelum ini, pada 10 Disember 2020, Da’i Syed didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di Seksyen 7, kira-kira jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

+ - reset