Berita Berita
Shuhaily kembali turun padang, tinjau tahap kesiapsiagaan kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu
KUCHING, 4 Nov. – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain meneruskan tugasan rasmi dengan meninjau beberapa lokasi strategik kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di sektor Serian-Tebedu.
AKPS menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan bahawa lawatan berkenaan bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan operasi serta memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang kawasan sempadan negara.
Dalam rangka lawatan terbabit, beliau meluangkan masa mengunjungi Pos Kawalan Sempadan Bunan Gega, Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Mongkos, serta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.
Tumpuan utama lawatan diberikan kepada penilaian keupayaan penguatkuasaan, cabaran anggota di lapangan, serta langkah penambahbaikan sistem pemantauan bagi membendung sebarang aktiviti rentas sempadan secara haram.
Pengurusan AKPS turut memberikan penekanan terhadap penyelarasan antara agensi penguat kuasa bagi memastikan operasi kawalan sempadan dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berkesan.
Berita berkaitan
November 4, 2026, 5:40 pm
KPM, PDRM perkukuh kerjasama tangani buli, salah laku murid
November 4, 2026, 4:19 pm
Mat Sabu beri jaminan bekalan beras, barang asas stabil
November 4, 2026, 4:11 pm
Kerajaan jimat RM3 bilion guna kaedah pajakan 28 helikopter untuk agensi kerajaan
November 4, 2026, 3:48 pm
KDN murni lebih dua tan al-Quran usang, rosak di perairan Selat Melaka
November 4, 2026, 3:31 pm
Pemuda tular lakukan ritual di kuil diarah jalani pemulihan akidah tiga bulan
November 4, 2026, 11:49 am
Da’i Syed bebas tuduhan rogol, Mahkamah Rayuan ketepi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan
November 4, 2026, 10:52 am
Tak nampak bukan halangan urus duit, BSN keluar modul Braille bantu lebih 500 murid masalah penglihatan
November 4, 2026, 10:42 am
