Berita Berita
Kerajaan jimat RM3 bilion guna kaedah pajakan 28 helikopter untuk agensi kerajaan
SUBANG, 4 Nov. – Kerajaan berjaya menjimatkan RM3 bilion menerusi kaedah pajakan 28 helikopter untuk kegunaan agensi kerajaan, termasuk dua buah AW139 yang meningkatkan armada udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada 10 buah helikopter.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa pendekatan pajakan berbanding pembelian terus itu menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab penyelenggaraan aset kepada pihak syarikat sepanjang tempoh pajakan selama 15 tahun.
Penambahan dua helikopter AW139 terbabit memperkukuh keupayaan JBPM melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pemadaman kebakaran hutan, pemindahan pesakit dan jenazah serta penghantaran bantuan logistik.
Penggunaan aset udara terbabit dapat mempercepat penghantaran pasukan penyelamat ke lokasi kejadian, selain mengurangkan risiko keletihan dan kecederaan anggota ketika menjalankan operasi SAR di lapangan.
Sebelum penambahan aset baharu itu, JBPM mengoperasikan lapan helikopter yang ditempatkan secara strategik di tiga pangkalan udara di Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak, disokong oleh 26 juruterbang helikopter merangkumi jurulatih penerbangan berkelayakan bagi helikopter AW109 dan AW139.
Beliau turut menegaskan bahawa keselamatan penerbangan perlu terus menjadi keutamaan, di samping memperkukuh kerjasama antara agensi dan pihak industri dalam pembangunan teknologi penerbangan, latihan serta pembinaan kepakaran.
Majlis Pelancaran Pengoperasian Helikopter AW139 JBPM terbabit turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Dr M Noor Azman Taib, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim serta Duta Itali ke Malaysia, Raffaele Langella. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 4, 2026, 5:40 pm
KPM, PDRM perkukuh kerjasama tangani buli, salah laku murid
November 4, 2026, 4:19 pm
Mat Sabu beri jaminan bekalan beras, barang asas stabil
November 4, 2026, 3:57 pm
Shuhaily kembali turun padang, tinjau tahap kesiapsiagaan kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu
November 4, 2026, 3:48 pm
KDN murni lebih dua tan al-Quran usang, rosak di perairan Selat Melaka
November 4, 2026, 3:31 pm
Pemuda tular lakukan ritual di kuil diarah jalani pemulihan akidah tiga bulan
November 4, 2026, 11:49 am
Da’i Syed bebas tuduhan rogol, Mahkamah Rayuan ketepi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan
November 4, 2026, 10:52 am
Tak nampak bukan halangan urus duit, BSN keluar modul Braille bantu lebih 500 murid masalah penglihatan
November 4, 2026, 10:42 am
