TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mat Sabu beri jaminan bekalan beras, barang asas stabil

By
|
Kongsi
image

PASIR MAS, 4 Nov. – Rakyat digesa supaya tidak melakukan pembelian panik atau menyimpan stok barangan keperluan asas secara berlebihan berikutan bekalan beras dan makanan negara kekal berada pada tahap stabil serta mencukupi mendepani Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa situasi bekalan makanan negara ketika ini masih berada dalam keadaan terkawal tanpa sebarang keperluan untuk orang ramai membuat persediaan menyimpan stok secara berlebihan seperti yang berlaku di sesetengah negara Eropah.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa memantau perkembangan semasa secara berterusan bagi memastikan barangan keperluan harian di pasaran terus terjamin dan memadai untuk kegunaan rakyat.

Beliau menyampaikan jaminan berkenaan semasa sidang media pada Rabu selepas Majlis Penyampaian Bantuan Skim Takaful Tanaman Padi dan Ramah Mesra bersama Pesawah Negeri Kelantan di Bendang Belukar yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad.

KPKM mengulangi peringatan agar orang ramai tidak membuat pembelian panik membabitkan barangan keperluan asas seperti beras, telur ayam, dan minyak masak supaya tidak mencetuskan kebimbangan atau menjejaskan kelancaran kestabilan pengedaran di pasaran tempatan.

Kementerian turut memberi akuan akan sentiasa memaklumkan kepada rakyat dengan kadar segera sekiranya terdapat sebarang perubahan ketara berhubung status bekalan makanan negara yang memerlukan langkah persediaan tambahan.

+ - reset