Berita Berita
Sultan Perak perkenan pembebasan awal 58 banduan sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-70
BATU GAJAH, 6 Nov. – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memberikan pembebasan awal kepada 58 banduan sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-70.
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Rosoman Abu Bakar @ Che Din memaklumkan bahawa penerima pembebasan awal terdiri daripada tiga banduan wanita dan 55 banduan lelaki berusia antara 28 hingga 64 tahun yang menjalani hukuman di enam institusi penjara di seluruh negara.
Rosoman mengiringi Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin yang mewakili Seri Paduka Baginda bagi menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan makanan tengah hari tajaan Sultan Perak di Pusat Koreksional Batu Gajah hari ini, yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah S Tanabal Socklingam.
Sumbangan tajaan makanan tengah hari berkenaan disalurkan secara keseluruhan kepada 8,960 banduan dan tahanan di tujuh institusi penjara serta rumah perantaraan di Perak.
Proses pemilihan banduan yang disyorkan kepada Lembaga Pengampunan diperbuat menerusi kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, Kerajaan Negeri Perak, dan Jabatan Peguam Negara dengan mengutamakan kategori kesalahan tertentu serta golongan rentan seperti warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu yang mengalami masalah kesihatan.
Berita berkaitan
November 6, 2026, 11:53 pm
'Sampai bila?' – Nooryana Najwa luah rasa sedih, kecewa penangguhan tahanan rumah Najib
November 6, 2026, 11:48 pm
‘Bebaskan Najib serta-merta!’ – Peguam bidas tindakan AGC sangsi perintah tahanan di rumah
November 6, 2026, 9:34 pm
Najib kembali ke Penjara Kajang malam ini
November 6, 2026, 6:46 pm
Muhyiddin gesa kerajaan perjelas peraturan dan syarat tahanan di rumah Najib Razak
November 6, 2026, 6:28 pm
Dua remaja ditahan edar vape berisi dadah kepada pelajar di Negeri Sembilan
November 6, 2026, 6:20 pm
AGC tangguh pelaksanaan tahanan di rumah Najib Razak susulan kekeliruan interpretasi undang-undang
November 6, 2026, 5:24 pm
Anthony Loke umum letak jawatan berkuat kuasa serta merta
November 6, 2026, 5:05 pm
'Jangan sekadar kenyataan politik, Anthony Loke perlu tunai janji letak jawatan' – Ahmad Zahid
November 6, 2026, 4:38 pm
