Berita Berita
Kenderaan bawa Najib Razak keluar Penjara Kajang
KAJANG, 6 Nov. – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 berwarna kelabu yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari kompleks Penjara Kajang pada jam 2.37 petang hari ini dengan diiringi kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Penjara Malaysia.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan pihak parti telah menyelesaikan keseluruhan proses pembayaran denda di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi menerusi dana Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu, sekali gus mengumumkan penutupan rasmi akaun sumbangan awam berkenaan.
Peguam bekas Perdana Menteri terbabit, Muhammad Farhan Shafee turut mengesahkan penyelesaian denda RM50 juta berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi bagi membolehkan anak guamnya menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah berikutan pengampunan bersyarat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sehingga 23 Ogos 2028.
Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dan denda berikutan sabitan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta sebelum Mahkamah Pe
Berita berkaitan
November 6, 2026, 11:53 pm
'Sampai bila?' – Nooryana Najwa luah rasa sedih, kecewa penangguhan tahanan rumah Najib
November 6, 2026, 11:48 pm
‘Bebaskan Najib serta-merta!’ – Peguam bidas tindakan AGC sangsi perintah tahanan di rumah
November 6, 2026, 9:34 pm
Najib kembali ke Penjara Kajang malam ini
November 6, 2026, 6:46 pm
Muhyiddin gesa kerajaan perjelas peraturan dan syarat tahanan di rumah Najib Razak
November 6, 2026, 6:28 pm
Dua remaja ditahan edar vape berisi dadah kepada pelajar di Negeri Sembilan
November 6, 2026, 6:20 pm
AGC tangguh pelaksanaan tahanan di rumah Najib Razak susulan kekeliruan interpretasi undang-undang
November 6, 2026, 5:24 pm
Anthony Loke umum letak jawatan berkuat kuasa serta merta
November 6, 2026, 5:05 pm
'Jangan sekadar kenyataan politik, Anthony Loke perlu tunai janji letak jawatan' – Ahmad Zahid
November 6, 2026, 4:38 pm
