TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar pujuk budak menangis kereta mainan patah, siap hulur RM50 beli baharu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 8 Nov. – Gelagat spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni seorang kanak-kanak yang menangis berikutan kereta mainannya rosak mencuri perhatian serta mencetuskan suasana mencuit hati netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian video yang tular di platform media sosial hari ini, Anwar dilihat mendekati serta cuba memujuk kanak-kanak berkenaan yang bersedih berikutan kereta mainan kesayangannya patah.

Perdana Menteri secara prihatin menghulurkan wang tunai RM50 kepada kanak-kanak terbabit bagi membolehkannya membeli kereta mainan baharu yang lebih besar dan cantik bagi menggantikan mainannya yang rosak.

Insiden ringkas berkenaan sekali gus memperlihatkan sisi santai serta keperihatinan Anwar ketika berinteraksi dengan masyarakat berbilang lapisan, khususnya kanak-kanak di sebalik kesibukan tugas seharian beliau.

— Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset