Berita Berita
KKM siasat dakwaan keracunan makanan babitkan produk roti tular
SHAH ALAM, 8 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan kes keracunan makanan selepas pengguna mengumpulkan aduan berkaitan pengambilan produk roti yang tular di media sosial.
KKM menerusi kenyataan media pada Ahad memaklumkan bahawa siasatan awal sedang dijalankan di bawah peruntukan Akta Makanan 1983 dan kementerian telah mendapatkan penjelasan daripada syarikat pengeluar roti terbabit.
Pihak kementerian menjelaskan bahawa siasatan dalaman syarikat berkenaan tidak menemukan sebarang penyimpangan resipi atau ketidakpatuhan SOP kawalan keselamatan makanan, namun dapatan tersebut belum boleh dijadikan asas kepada kesimpulan muktamad berhubung punca simptom yang dilaporkan.
KKM kini sedang menunggu keputusan analisis makmal ke atas baki produk serta pembungkusan yang diambil daripada pengadu, selain akan menjalankan pemeriksaan susulan di kilang pengeluaran bagi mengesahkan tahap pematuhan keselamatan makanan.
Orang ramai yang mengalami simptom seperti cirit-birit atau muntah dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan perubatan di samping menyalurkan laporan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) KKM. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 8, 2026, 2:57 pm
PGIRM bidas Kerajaan dan ahli politik sibuk bertelingkah, tuntut penjelasan telus nasib pencarum KWSP
November 8, 2026, 2:46 pm
Pelakon Cico Harahap, anak artis legenda Uji Rashid meninggal dunia pada usia 48 tahun
November 8, 2026, 1:00 pm
Pengakuan keluar Islam tular, JAKIM sahkan individu disyaki berada di luar negara
November 8, 2026, 12:30 pm
Majlis Media Malaysia gesa Media Mulia perjelas status pekerja Utusan Malaysia dan Kosmo!
November 8, 2026, 12:26 pm
Adam Adli gesa pengundi muda Melaka tolak politik kebencian, pilih pemimpin berintegriti
November 8, 2026, 12:21 pm
Anwar pujuk budak menangis kereta mainan patah, siap hulur RM50 beli baharu
November 7, 2026, 5:30 pm
Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong, mohon ampun isu tahanan rumah Najib
November 7, 2026, 4:24 pm
'Macam dah nak pecah Kerajaan Perpaduan, kalau saya jadi PM, saya dah buang pemimpin BN' - Muhyiddin
November 7, 2026, 1:42 pm
