TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelakon Cico Harahap, anak artis legenda Uji Rashid meninggal dunia pada usia 48 tahun

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 8 Nov. – Pelakon Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Cico Harahap, meninggal dunia di Hospital Ampang sekitar jam 11 pagi tadi pada usia 48 tahun.

Berita duka berkenaan disahkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez yang memaklumkan bahawa anak kepada penyanyi legenda Uji Rashid itu dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu lalu akibat kesukaran bernafas.

Sandakiah menjelaskan bahawa Allahyarham yang pernah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah dipindahkan ke wad biasa pada Khamis lalu, bagaimanapun punca sebenar kematian beliau masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham Cico yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 1993 terdahulu dilaporkan mengalami masalah kesihatan sejak penghujung tahun 2016 dan mendapatkan rawatan perubatan hospital serta rawatan Islam. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset