Berita Berita
Majlis Media Malaysia gesa Media Mulia perjelas status pekerja Utusan Malaysia dan Kosmo!
PETALING JAYA, 8 Nov. – Majlis Media Malaysia (MMM) menggesa pihak pengurusan Media Mulia Sdn Bhd supaya menyusulkan kajian semula penyusunan semula syarikat menerusi langkah konkrit demi melindungi kebajikan pekerja serta mengelakkan pemberhentian kerja yang tidak perlu.
MMM menerusi kenyataan media pada Sabtu menyambut baik kesediaan syarikat penerbitan Utusan Malaysia dan Kosmo! itu untuk mengkaji semula model perniagaannya susulan perbincangan bersama Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil pada Khamis lalu.
Majlis terbabit menegaskan bahawa semua pekerja yang terjejas berhak menerima maklumat bertulis yang jelas berhubung status perkhidmatan, garis masa penyusunan semula, serta pilihan yang ada bagi mengelakkan mereka berada dalam ketidakpastian mengenai masa depan kerjaya.
MMM turut mendesak agar sebarang langkah penyesuaian yang diambil mematuhi undang-undang perburuhan, kewajipan kontrak, serta prinsip keadilan prosedur menerusi komunikasi secara terus antara pengurusan dan kakitangan.
Isu berkenaan timbul selepas Media Mulia mengumumkan bahawa hampir 100 anggotanya diletakkan di bawah program cuti berbayar selama tiga bulan bermula 2 November lalu bagi membolehkan pengurusan menilai semula keperluan operasi dan staf syarikat terbabit. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 8, 2026, 2:57 pm
PGIRM bidas Kerajaan dan ahli politik sibuk bertelingkah, tuntut penjelasan telus nasib pencarum KWSP
November 8, 2026, 2:46 pm
Pelakon Cico Harahap, anak artis legenda Uji Rashid meninggal dunia pada usia 48 tahun
November 8, 2026, 1:00 pm
Pengakuan keluar Islam tular, JAKIM sahkan individu disyaki berada di luar negara
November 8, 2026, 12:55 pm
KKM siasat dakwaan keracunan makanan babitkan produk roti tular
November 8, 2026, 12:26 pm
Adam Adli gesa pengundi muda Melaka tolak politik kebencian, pilih pemimpin berintegriti
November 8, 2026, 12:21 pm
Anwar pujuk budak menangis kereta mainan patah, siap hulur RM50 beli baharu
November 7, 2026, 5:30 pm
Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong, mohon ampun isu tahanan rumah Najib
November 7, 2026, 4:24 pm
'Macam dah nak pecah Kerajaan Perpaduan, kalau saya jadi PM, saya dah buang pemimpin BN' - Muhyiddin
November 7, 2026, 1:42 pm
