Berita Berita
Pengakuan keluar Islam tular, JAKIM sahkan individu disyaki berada di luar negara
KUALA LUMPUR, 8 Nov. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa individu yang membuat pengakuan secara terbuka meninggalkan pegangan agama Islam menerusi rakaman video tular dipercayai berada di luar negara.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menegaskan bahawa pihak berkuasa agama memandang serius penularan video berkenaan yang dikaitkan dengan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light (TAROPAL).
Sirajuddin memaklumkan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-124 pada Jun 2024 telah memutus dan menetapkan ajaran TAROPAL sebagai sesat, menyeleweng, serta bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
Pihak berkuasa agama negeri bersama agensi keselamatan kini sentiasa meneliti perkembangan isu terbabit bagi mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang dan bidang kuasa masing-masing.
Kenyataan berkenaan menyusul selepas tular sebuah video di platform Threads yang memaparkan enam lelaki mendakwa berasal dari Malaysia mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam secara berasingan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 8, 2026, 2:57 pm
PGIRM bidas Kerajaan dan ahli politik sibuk bertelingkah, tuntut penjelasan telus nasib pencarum KWSP
November 8, 2026, 2:46 pm
Pelakon Cico Harahap, anak artis legenda Uji Rashid meninggal dunia pada usia 48 tahun
November 8, 2026, 12:55 pm
KKM siasat dakwaan keracunan makanan babitkan produk roti tular
November 8, 2026, 12:30 pm
Majlis Media Malaysia gesa Media Mulia perjelas status pekerja Utusan Malaysia dan Kosmo!
November 8, 2026, 12:26 pm
Adam Adli gesa pengundi muda Melaka tolak politik kebencian, pilih pemimpin berintegriti
November 8, 2026, 12:21 pm
Anwar pujuk budak menangis kereta mainan patah, siap hulur RM50 beli baharu
November 7, 2026, 5:30 pm
Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong, mohon ampun isu tahanan rumah Najib
November 7, 2026, 4:24 pm
'Macam dah nak pecah Kerajaan Perpaduan, kalau saya jadi PM, saya dah buang pemimpin BN' - Muhyiddin
November 7, 2026, 1:42 pm
