Berita Berita
Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong, mohon ampun isu tahanan rumah Najib
SHAH ALAM 7 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar segera menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi memohon ampun susulan isu yang timbul berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Anwar berkata, sesi menghadap itu juga bertujuan memberi penjelasan kepada Seri Paduka Baginda mengenai kekangan undang-undang yang timbul berkaitan pelaksanaan perintah berkenaan.
Menurutnya, penjelasan itu penting memandangkan isu pengampunan bersyarat Najib turut mempunyai implikasi perundangan, khususnya membabitkan kes kedua bekas Perdana Menteri itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdahulu, Istana Negara menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah adalah jelas dan tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan berpanjangan.
Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa sebarang hujah mempertikaikan perintah berkenaan selepas semua syarat dipenuhi adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tafsiran perintah pengampunan bersyarat tersebut.
Penangguhan itu dibuat susulan persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.
Berita berkaitan
November 7, 2026, 4:24 pm
'Macam dah nak pecah Kerajaan Perpaduan, kalau saya jadi PM, saya dah buang pemimpin BN' - Muhyiddin
November 7, 2026, 1:42 pm
Pertikai pengampunan bersyarat Najib menjurus ingkar perintah Agong – Istana Negara
November 7, 2026, 11:13 am
56 rakyat Malaysia dipenjara di Selatan Thailand, ada berdepan hukuman mati
November 7, 2026, 7:55 am
'Untung RM1 bilion, naik gaji pekerja RM20 pun bantah' - Anwar tegur syarikat perladangan 'berkira'
November 6, 2026, 11:53 pm
'Sampai bila?' – Nooryana Najwa luah rasa sedih, kecewa penangguhan tahanan rumah Najib
November 6, 2026, 11:48 pm
‘Bebaskan Najib serta-merta!’ – Peguam bidas tindakan AGC sangsi perintah tahanan di rumah
November 6, 2026, 9:34 pm
Najib kembali ke Penjara Kajang malam ini
November 6, 2026, 6:46 pm
