TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar Tingkatan Lima maut dipercayai jatuh tingkat sembilan tempat letak kereta PPA1M Selasih

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 9 Nov. – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan tempat letak kereta bertingkat di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Selasih, Presint 17 awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed memaklumkan dalam kenyataan media hari ini bahawa mayat mangsa ditemukan oleh orang awam di kawasan berhampiran bangunan berkenaan pada jam 5.45 pagi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR) memandangkan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden terbabit.

Terdahulu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 16(1) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi sekolah turut mengesahkan berita duka mengenai pemergian seorang pelajar Tingkatan Lima sekolah berkenaan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset