TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bakar mercun atas jalan berhampiran lampu isyarat, 4 lelaki ditahan polis

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU, 9 Nov. – Polis menahan empat lelaki tempatan susulan penularan rakaman video berhubung kejadian membakar mercun di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat di Taman Nesa, Skudai awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Azrol Anuar Nor memaklumkan menerusi kenyataan hari ini bahawa kesemua suspek berusia antara 16 hingga 25 tahun itu ditahan menerusi operasi di sekitar Skudai kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek bebas daripada pengaruh dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, dan mereka dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini bagi permohonan perintah reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana perbuatan gopoh membabitkan bahan letupan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM2,000, serta Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menghalang jalan raya yang membawa denda antara RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara.

Pihak polis kini sedang giat mengesan tiga lagi individu yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset