Berita Berita
Suami isteri menyamar polis dicekup penduduk kampung ketika tipu warga emas RM50,000 di Dungun
DUNGUN 9 Nov - Tindakan sepasang suami isteri yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis untuk memperdaya seorang warga emas akhirnya memakan diri apabila mereka dikepung dan ditahan penduduk kampung di Felda Rasau Kerteh 3, di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.
Kedua-dua suspek warga asing itu ditangkap selepas kembali ke rumah mangsa, Mariani Ismail, 64, bagi menuntut wang tunai sebanyak RM50,000, selepas dipercayai berjaya memperdayanya sehingga menyerahkan barang kemas bernilai ribuan ringgit pada 6 November lalu.
Dalam kejadian pertama, mangsa menerima panggilan video daripada individu yang menyamar sebagai anggota polis dengan memakai pakaian seragam pasukan keselamatan, selain menggunakan latar belakang menyerupai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Mangsa yang ketakutan selepas diugut dan dikaitkan dengan dakwaan palsu kemudian menyerahkan tiga utas barang kemas miliknya kepada suspek.
Bagaimanapun, selepas menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan, Mariani membuat laporan polis sebelum ahli keluarga bersama penduduk kampung merancang untuk memerangkap suspek sekiranya mereka kembali.
Suami mangsa, Zakaria Ibrahim berkata, pasangan terbabit pada mulanya enggan memasuki kawasan rumah dan hanya mengarahkan wang tunai RM50,000 diletakkan di dalam peti surat.
"Suspek sebaliknya mengarahkan wang tunai RM50,000 berkenaan diletakkan di dalam peti surat di hadapan rumah saya.
"Bagaimanapun saya mengumpan suspek dengan meminta mereka mengambil sendiri wang itu di dalam kereta," katanya.
Taktik itu berjaya apabila kedua-dua suspek yang datang untuk mengambil wang berkenaan segera dikepung penduduk kampung yang sudah bersiap sedia di sekitar rumah mangsa.
Menurut Zakaria, barang kemas milik isterinya dipercayai sudah digadaikan suspek di sebuah kedai emas di Kuala Lumpur dengan nilai hampir RM13,000.
"Dua suspek warga asing itu dipercayai sudah menggadai barang kemas isteri saya di sebuah kedai emas di Kuala Lumpur dengan nilai gadaian hampir RM13,000.
"Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun bagi membantu siasatan. Difahamkan suspek akan direman di Mahkamah Majistret Dungun esok," katanya.
Berita berkaitan
November 9, 2026, 3:01 pm
PRN Melaka: Gigih turun rumah ke rumah, calon PH Durian Tunggal faham keperluan penduduk
November 9, 2026, 2:44 pm
Konsert The Weeknd di Malaysia didakwa ada unsur pemujaan, Jakim mula siasatan
November 9, 2026, 2:19 pm
Buang mayat bayi baru lahir dalam longkang, pembantu kedai makan dipenjara tiga bulan, denda RM5,000
November 9, 2026, 12:32 pm
Pelajar tingkatan tiga maut, motosikal bertembung kereta rasmi polis di Terengganu
November 9, 2026, 10:18 am
Bakar mercun atas jalan berhampiran lampu isyarat, 4 lelaki ditahan polis
November 9, 2026, 9:46 am
Pelajar Tingkatan Lima maut dipercayai jatuh tingkat sembilan tempat letak kereta PPA1M Selasih
November 8, 2026, 9:20 pm
