Berita Berita
Tiga individu maut dipercayai disambar petir di Sepang
SEPANG 9 Nov - Tiga individu dilaporkan maut dipercayai akibat disambar petir dalam kejadian di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi hari ini.
“Betul ada berlaku kejadian itu petang tadi, pihak kami akan kongsikan butiran lanjut kemudian,” katanya.
Terdahulu, beberapa klip video yang tular di media sosial memaparkan tiga jasad dipercayai mangsa kejadian dalam keadaan terbaring di bawah sebatang pokok dengan tubuh ditutup menggunakan kain batik.
Setakat ini, identiti ketiga-tiga mangsa serta keadaan sebenar yang membawa kepada kejadian masih belum diperincikan pihak berkuasa.
Polis dijangka mengeluarkan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan.
Berita lanjut menyusul...
Berita berkaitan
November 9, 2026, 6:59 pm
Anwar hulur bantuan tambahan RM2,500 kepada setiap ketua isi rumah mangsa banjir di Selangor
November 9, 2026, 4:03 pm
'Semua masalah Melaka dia tahu’ - Adly yakin Ashraf Minghat mampu bela nasib rakyat Durian Tunggal
November 9, 2026, 3:01 pm
PRN Melaka: Gigih turun rumah ke rumah, calon PH Durian Tunggal faham keperluan penduduk
November 9, 2026, 2:44 pm
Konsert The Weeknd di Malaysia didakwa ada unsur pemujaan, Jakim mula siasatan
November 9, 2026, 2:19 pm
Buang mayat bayi baru lahir dalam longkang, pembantu kedai makan dipenjara tiga bulan, denda RM5,000
November 9, 2026, 12:32 pm
