TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tragedi kepala air Sungai Pertak: 8 hanyut dihanyutkan arus deras, 19 berjaya diselamatkan

By
|
Kongsi
image

HULU SELANGOR, 10 Nov. – Seramai lapan individu dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras, manakala 19 lagi berjaya diselamatkan berikutan kejadian kepala air di Sungai Pertak yang membabitkan keseluruhan 34 mangsa pada petang Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar menerusi kenyataan media pada Selasa memaklumkan bahawa sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan pada jam 5.55 petang.

Siasatan awal mendapati kejadian pertama membabitkan lima pendaki warga Yaman yang menyaksikan seorang dihanyutkan arus manakala empat lagi selamat, diikuti kejadian kedua membabitkan perkelahan warga tempatan serta warga asing dari Sri Lanka, Nepal, dan India yang mengakibatkan tujuh lagi individu dihanyutkan arus.

Pihak bomba bagaimanapun berjaya membawa turun kesemua 19 individu yang terkandas di tiga lokasi berasingan iaitu Lata Jerlus, Kem Luit, dan Gunung Rajah ke kawasan selamat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diteruskan secara giat bagi mengesan lapan mangsa yang masih hilang di sepanjang laluan sungai berkenaan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset