Berita Berita
Kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa ditemukan, tiga masih hilang
HULU SELANGOR 10 Nov - Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan pagi ini, menjadikan keseluruhan lima daripada lapan individu yang dilaporkan dihanyutkan arus berjaya dikesan setakat ini.
Penemuan terbaharu itu menyaksikan tiga lagi mangsa masih belum ditemukan, manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan mereka.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
"Seorang lagi mangsa ditemukan berhampiran kawasan sama pada jam 10.20 pagi, kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi kejadian.
"Semua mangsa kini dalam usaha dikeluarkan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.
Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
Dengan penemuan empat lagi mangsa pagi ini, pihak berkuasa kini memberi tumpuan kepada usaha mengesan baki tiga individu yang masih hilang dalam kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, keadaan empat mangsa yang baharu ditemukan masih belum diperincikan pihak berkuasa.
Berita berkaitan
November 10, 2026, 12:11 pm
Budak dua tahun hilang ketika beriadah bersama keluarga ditemukan lemas di Dataran Sungai Jahang
November 10, 2026, 10:20 am
PRN Melaka: 12,531 anggota keselamatan, pasangan keluar mengundi awal hari ini
November 10, 2026, 10:00 am
Hadir konsert The Weeknd tidak semestinya syirik, namun digalak solat taubat - Mufti
November 10, 2026, 9:03 am
Tragedi kepala air: Seorang ditemukan lemas, SAR tujuh lagi mangsa diteruskan di Sungai Pertak
November 10, 2026, 8:25 am
Seludup PATI, polis tahan 4 lelaki tempatan, 30 warga Myanmar di Tanah Merah
November 10, 2026, 8:18 am
Sorok kelahiran, buang mayat bayi dalam longkang: Pekerja restoran dipenjara 3 bulan, denda RM5,000
November 10, 2026, 8:09 am
Tragedi kepala air Sungai Pertak: 8 hanyut dihanyutkan arus deras, 19 berjaya diselamatkan
November 9, 2026, 6:59 pm
Anwar hulur bantuan tambahan RM2,500 kepada setiap ketua isi rumah mangsa banjir di Selangor
November 9, 2026, 6:13 pm
