TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Seludup PATI, polis tahan 4 lelaki tempatan, 30 warga Myanmar di Tanah Merah

By
|
Kongsi
image

TANAH MERAH, 10 Nov. – Polis menahan 34 individu termasuk empat lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai tekong dan penyeludup menerusi operasi pemprosesan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pangkalan Haram Yuti, Nibong di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah memaklumkan bahawa operasi menerusi Op Inter Agensi KDNKA IPD Tanah Merah itu turut membabitkan penahanan 30 warga Myanmar yang terdiri daripada 18 lelaki dan 12 wanita.

Mohd Haki mengesahkan bahawa hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada empat suspek tempatan terbabit positif dadah.

Pihak polis turut merampas sebuah botol berisi cecair disyaki air ketum daripada sebuah kenderaan, selain memelihara serta menyita dua buah kenderaan untuk siasatan lanjut. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset