Berita Berita
Budak dua tahun hilang ketika beriadah bersama keluarga ditemukan lemas di Dataran Sungai Jahang
GOPENG 10 Nov - Kegembiraan sebuah keluarga beriadah di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, di sini, bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang semalam ditemukan lemas pagi ini.
Mangsa, Muhammad Muiz Muhammad Luqman, ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dipercayai dihanyutkan arus selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa ditemukan pada jam 10.29 pagi selepas usaha pencarian dijalankan sejak semalam.
Terdahulu, operasi SAR disambung pagi ini dengan penyertaan 10 anggota bomba, 12 anggota polis serta kira-kira 30 penduduk setempat dan pengusaha aktiviti water rafting yang turut membantu menggunakan bot.
Dua ekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM turut digerakkan bagi membantu pencarian di sepanjang tebing sungai, bermula dari lokasi mangsa dipercayai hilang sehingga Jambatan Sungai Kampar di Kuala Dipang.
Dalam kejadian semalam, mangsa dipercayai datang bersama keluarganya dari Tronoh kira-kira jam 10.30 pagi untuk beriadah di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, kanak-kanak itu disedari hilang dari kawasan tempat dia bermain berhampiran tebing sungai.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 12.06 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi pencarian.
Usaha pencarian yang diteruskan pagi ini akhirnya membawa kepada penemuan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.
Berita berkaitan
November 10, 2026, 11:46 am
Kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa ditemukan, tiga masih hilang
November 10, 2026, 10:20 am
PRN Melaka: 12,531 anggota keselamatan, pasangan keluar mengundi awal hari ini
November 10, 2026, 10:00 am
Hadir konsert The Weeknd tidak semestinya syirik, namun digalak solat taubat - Mufti
November 10, 2026, 9:03 am
Tragedi kepala air: Seorang ditemukan lemas, SAR tujuh lagi mangsa diteruskan di Sungai Pertak
November 10, 2026, 8:25 am
Seludup PATI, polis tahan 4 lelaki tempatan, 30 warga Myanmar di Tanah Merah
November 10, 2026, 8:18 am
Sorok kelahiran, buang mayat bayi dalam longkang: Pekerja restoran dipenjara 3 bulan, denda RM5,000
November 10, 2026, 8:09 am
Tragedi kepala air Sungai Pertak: 8 hanyut dihanyutkan arus deras, 19 berjaya diselamatkan
November 9, 2026, 6:59 pm
Anwar hulur bantuan tambahan RM2,500 kepada setiap ketua isi rumah mangsa banjir di Selangor
November 9, 2026, 6:13 pm
