TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sorok kelahiran, buang mayat bayi dalam longkang: Pekerja restoran dipenjara 3 bulan, denda RM5,000

By
|
Kongsi
image

KUALA BERANG, 10 Nov. – Seorang pekerja restoran dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku salah atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran bayinya dengan membuang mayat mangsa ke dalam longkang.

Majistret Nur Athirah Hashim turut memerintahkan tertuduh, Nur Ain Adilin Mohd Rofiza, 23, menjalani hukuman tambahan penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Perumahan Awam Kos Rendah, Padang Setengge pada jam 10 malam, 15 Oktober lalu di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pihak pendakwaan menerusi Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli mendesak hukuman pemenjaraan dikenakan atas dasar kemanusiaan memandangkan kes membabitkan anak kandung tertuduh selain sebagai pengajaran kepada masyarakat, manakala peguam Nor Aziah Bunawan memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh bertindak panik, menyesali perbuatannya, dan menjimatkan masa mahkamah.

Kejadian berkenaan terbongkar selepas Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab mengesahkan penemuan mayat bayi tanpa kepala serta kehilangan sebelah tangan di dalam longkang kawasan perumahan terbabit pada 16 Oktober lalu. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset