Berita Berita
Cubaan curi kabel Laluan Putrajaya ketika perayaan gagal, Rapid KL berkas suspek
KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Rapid KL mengesahkan penahanan seorang individu yang dipercayai terlibat dalam cubaan mencuri kabel bumi di kawasan landasan Laluan Putrajaya menerusi operasi risikan dan serbuan yang dijalankan pada malam 8 November 2026.
Penahanan berkenaan merupakan tindakan susulan pihak Polis Bantuan berikutan kejadian cubaan mencuri kabel bumi pada 7 November 2026 yang telah menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan tren Laluan Putrajaya.
Susulan kejadian itu, kawalan keselamatan, pemantauan, dan rondaan dipertingkatkan bersama pihak operasi Laluan Putrajaya di beberapa lokasi berisiko sepanjang tempoh cuti sambutan Deepavali bagi memastikan keselamatan infrastruktur rel dan kelancaran perkhidmatan.
Dalam rondaan jam 1.00 petang pada 8 November 2026, Polis Bantuan menemui sejumlah kabel bumi yang telah dipotong di lokasi lain dan ditinggalkan berhampiran Bulk Supply Substation (BSS) berdekatan Stesen Jinjang untuk diangkut keluar.
Anggota Polis Bantuan kemudian meneruskan pemantauan dan intipan di sepanjang jajaran antara Stesen Jinjang dan Stesen Metro Prima sebelum mengesan sebuah lori yang memasuki kawasan terbabit pada jam 11.57 malam.
Semasa serbuan dilakukan, pemandu lori berkenaan berjaya melarikan diri, namun seorang suspek telah ditahan di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan serta siasatan lanjut.
Tangkapan ini merupakan kes kedua membabitkan cubaan mencuri kabel di kawasan operasi Rapid KL dalam tempoh seminggu, sekali gus membuktikan keberkesanan tindakan proaktif Polis Bantuan dalam melindungi aset kritikal sistem rel.
Rapid KL menegaskan pihak mereka memandang serius sebarang perbuatan mencuri kabel dan pencerobohan landasan kerana ia menyalahi undang-undang, membahayakan keselamatan, merosakkan infrastruktur kritikal, serta menjejaskan kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 10, 2026, 1:18 pm
'Ibu di mana?' - Terpisah sejak pandemik Covid-19, kanak-kanak lapan tahun cari ibu kandung
November 10, 2026, 1:17 pm
Belum tiba masa rombakan Kabinet — Anwar
November 10, 2026, 12:39 pm
KPM terima 670 permohonan PIBG peruntukan baik pulih sekolah dalam tempoh seminggu
November 10, 2026, 12:11 pm
Budak dua tahun hilang ketika beriadah bersama keluarga ditemukan lemas di Dataran Sungai Jahang
November 10, 2026, 11:46 am
Kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa ditemukan, tiga masih hilang
November 10, 2026, 10:20 am
PRN Melaka: 12,531 anggota keselamatan, pasangan keluar mengundi awal hari ini
November 10, 2026, 10:00 am
Hadir konsert The Weeknd tidak semestinya syirik, namun digalak solat taubat - Mufti
November 10, 2026, 9:03 am
