Berita Berita
'Ibu di mana?' - Terpisah sejak pandemik Covid-19, kanak-kanak lapan tahun cari ibu kandung
TANAH MERAH 10 Nov - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun berharap dapat bertemu semula dengan ibu kandungnya yang dipercayai berada di Selatan Thailand selepas terpisah sejak pandemik Covid-19.
Kanak-kanak dikenali sebagai Miss Waehasriyah Ahama itu dilaporkan terputus hubungan dengan ibunya, Miss Hameedah, sekitar 2020 hingga 2021 dan sehingga kini usaha menjejaki wanita berkenaan masih belum berhasil.
Bapa angkatnya, Sayuti Mustafa, 55, berkata, dia bersama isterinya, Kuechi Romuela, 50, kali terakhir bertemu ibu kandung kanak-kanak itu ketika pandemik Covid-19 sebelum hubungan mereka terputus.
Menurutnya, mereka sekeluarga yang menetap di Kampung Padang Siam, di sini, hanya mengetahui wanita berkenaan dipercayai berada di Selatan Thailand, namun tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai lokasi sebenarnya.
Katanya, pelbagai usaha untuk mengesan ibu kandung Waehasriyah masih belum membuahkan hasil.
Sehubungan itu, Sayuti berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Miss Hameedah dapat membantu mempertemukan semula ibu dan anak berkenaan.
"Kepada mereka yang mengenali atau mengetahui di mana Miss Hameedah boleh hubungi kami di talian 013-9153674," katanya.
Keluarga angkat kanak-kanak itu berharap bantuan orang ramai dapat menamatkan penantian mereka untuk mengesan ibu kandung Waehasriyah.
Berita berkaitan
November 10, 2026, 1:17 pm
Belum tiba masa rombakan Kabinet — Anwar
November 10, 2026, 1:04 pm
Cubaan curi kabel Laluan Putrajaya ketika perayaan gagal, Rapid KL berkas suspek
November 10, 2026, 12:39 pm
KPM terima 670 permohonan PIBG peruntukan baik pulih sekolah dalam tempoh seminggu
November 10, 2026, 12:11 pm
Budak dua tahun hilang ketika beriadah bersama keluarga ditemukan lemas di Dataran Sungai Jahang
November 10, 2026, 11:46 am
Kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa ditemukan, tiga masih hilang
November 10, 2026, 10:20 am
PRN Melaka: 12,531 anggota keselamatan, pasangan keluar mengundi awal hari ini
November 10, 2026, 10:00 am
Hadir konsert The Weeknd tidak semestinya syirik, namun digalak solat taubat - Mufti
November 10, 2026, 9:03 am
