TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Belum tiba masa rombakan Kabinet — Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa belum tiba masanya untuk mempertimbangkan sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Anwar memberikan jawapan ringkas "terlalu awal" ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Kenyataan itu bagi menjawab spekulasi berhubung rombakan Kabinet susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang bakal berakhir pada 11 Disember ini.

Amir Hamzah terdahulu dilantik sebagai Senator pada 12 Disember 2023 dan serentak memegang jawatan Menteri Kewangan II dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan dari penjara untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset