TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anggota polis parah ditetak lelaki warga asing dengan parang ketika operasi di Kepong

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 11 Nov – Seorang anggota polis dilaporkan cedera parah selepas dipercayai ditetak seorang lelaki warga asing bersenjatakan dua bilah parang ketika menjalankan operasi di sebuah pangsapuri di Desa Jaya, Kepong, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai diserang ketika sepasukan polis menjalankan operasi di sebuah unit kediaman berkenaan.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, seorang lelaki dilihat bertindak agresif dengan menyerang individu dipercayai anggota polis menggunakan dua bilah parang.

Serangan itu dilaporkan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian tangan kanan.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian serta keadaan yang mencetuskan serangan berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Setakat ini, pengesahan rasmi daripada pihak polis masih ditunggu, termasuk maklumat mengenai keadaan terkini mangsa, identiti suspek dan tindakan lanjut berhubung kejadian tersebut.

 

Sumber: Harian Metro

+ - reset