TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

DBKL tambah 200 kamera badan tingkat ketelusan penguatkuasaan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 11 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menambah 200 unit kamera badan generasi baharu (Body Worn Camera), menjadikan jumlah keseluruhan 305 unit bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan serta melindungi anggota sewaktu bertugas di lapangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan bahawa penggunaan peranti berkenaan penting untuk memastikan setiap tindakan penguatkuasaan didokumentasikan secara sistematik dan boleh disemak sekiranya timbul sebarang aduan mahupun video tular yang tidak menggambarkan situasi sebenar.

Bercakap selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa Ke-57 DBKL hari ini, beliau memaklumkan bahawa semua anggota diwajibkan memakai kamera badan dalam setiap operasi harian dan bersepadu, dengan rakaman akan disimpan selama enam bulan bagi tujuan semakan Unit Integriti DBKL.

Pelaksanaan sistem baharu ini akan melalui tempoh percubaan bagi mengenal pasti sebarang kelemahan, dengan memodelkan amalan terbaik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud menjelaskan perolehan peranti terbaharu itu turut merangkumi sistem pengurusan dan penyimpanan rakaman secara berpusat bagi memudahkan pemantauan serta semakan bahan bukti digital. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

 

+ - reset