Berita Berita
Kanak-kanak 9 tahun lemas disambar buaya di Pulau Banggi
KUDAT, 11 Nov. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai disambar buaya di Sungai Sibumbung, Kampung Semayan, Pulau Banggi, malam semalam.
Jasad mangsa, Mohamad Hilmi Nurjahid, ditemui dalam keadaan anggota tubuh yang sempurna oleh bapa kandungnya sendiri pada jam 8.10 malam, tidak jauh dari lokasi asal dia disambar reptilia berkenaan.
Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kudat, Kapten Abdullah Sabaruddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Balai Polis Karakit sebelum anggota APM bersama pihak polis bergerak ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Mayat mangsa telah dibawa ke rumah keluarga sejurus dijumpai sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan serta prosedur siasatan lanjut. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 11, 2026, 6:05 pm
Kipas gergasi jatuh ketika solat di KLIA, ibu sakit kepala, anak trauma mahu tidur
November 11, 2026, 5:19 pm
Restoran 'nazak' kurang pekerja, kerajaan percepat pengambilan 15,000 pekerja asing
November 11, 2026, 5:09 pm
'Letak jawatan bukan sebab berprinsip, itu tanda protes” – Tok Mat kritik Anthony Loke
November 11, 2026, 2:16 pm
Protes pengampunan Najib dikira menderhaka kepada Agong — Zahid
November 11, 2026, 2:07 pm
Rombak Kabinet lebih wajar berbanding bubar Parlimen — Tun Faisal
November 11, 2026, 1:54 pm
Keluarga tak dibenar tinggal bersama, Rosmah di Pavilion — Nurulhidayah perinci aturan tahanan rumah Najib
November 11, 2026, 1:42 pm
DBKL tambah 200 kamera badan tingkat ketelusan penguatkuasaan
November 11, 2026, 1:33 pm
Belum ada calon pengganti diserah kepada PM, Loke fokus tugas parti
November 11, 2026, 1:12 pm
