Berita Berita
Keluarga tak dibenar tinggal bersama, Rosmah di Pavilion — Nurulhidayah perinci aturan tahanan rumah Najib
KUALA LUMPUR, 11 Nov. – Ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak dibenarkan tinggal bersama sepanjang beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di kediamannya di Taman Duta.
EXCO Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menjelaskan bahawa kediaman berkenaan telah diwartakan sebagai penjara, sekali gus tertakluk kepada kawalan ketat mengikut prosedur Jabatan Penjara termasuk ketiadaan kebenaran untuk ahli keluarga menetap bersama.
Menerusi penjelasan di media sosial, beliau memaklumkan bahawa Rosmah kekal menetap di kediamannya di Pavilion, manakala pesanan makanan secara dalam talian turut tidak dibenarkan kerana semua keperluan penyediaan makanan dan minuman ditetapkan sepenuhnya oleh pihak penjara.
Tambah beliau, waktu kawalan dan kebenaran melawat juga akan dilaksanakan mengikut jadual serta Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang diguna pakai di penjara biasa bagi mengelakkan spekulasi salah faham masyarakat.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi membatalkan perintah pelepasan denda terdahulu dan menggantikannya dengan perintah pemindahan Najib dari Penjara Kajang ke kediamannya di Taman Duta bagi menjalani baki hukuman penjara kes penyelewengan dana SRC International sehingga 23 Ogos 2028. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 11, 2026, 6:05 pm
Kipas gergasi jatuh ketika solat di KLIA, ibu sakit kepala, anak trauma mahu tidur
November 11, 2026, 5:19 pm
Restoran 'nazak' kurang pekerja, kerajaan percepat pengambilan 15,000 pekerja asing
November 11, 2026, 5:09 pm
'Letak jawatan bukan sebab berprinsip, itu tanda protes” – Tok Mat kritik Anthony Loke
November 11, 2026, 2:16 pm
Protes pengampunan Najib dikira menderhaka kepada Agong — Zahid
November 11, 2026, 2:07 pm
Rombak Kabinet lebih wajar berbanding bubar Parlimen — Tun Faisal
November 11, 2026, 2:03 pm
Kanak-kanak 9 tahun lemas disambar buaya di Pulau Banggi
November 11, 2026, 1:42 pm
DBKL tambah 200 kamera badan tingkat ketelusan penguatkuasaan
November 11, 2026, 1:33 pm
Belum ada calon pengganti diserah kepada PM, Loke fokus tugas parti
November 11, 2026, 1:12 pm
