TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rombak Kabinet lebih wajar berbanding bubar Parlimen — Tun Faisal

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 11 Nov. – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan bahawa rombakan Kabinet adalah langkah lebih wajar untuk menangani masalah disiplin menteri berbanding membubarkan Parlimen yang membabitkan kos pilihan raya tinggi.

Tun Faisal berkata, kegagalan segelintir menteri dan parti dalam Kerajaan Perpaduan mematuhi disiplin serta berfungsi sebagai satu pasukan tidak sepatutnya mengakibatkan rakyat menanggung beban percaturan politik.

Beliau menyelar sikap pihak yang ingin menikmati kuasa tetapi bertindak menjauhkan diri serta menyalahkan Perdana Menteri dan kerajaan apabila timbul kelemahan atau isu pelaksaan keputusan bersama.

Tegasnya, mana-mana menteri yang tidak lagi bersetuju atau tidak mampun menerima keputusan dasar pentadbiran sepatutnya melepaskan kedudukan, selaras dengan prinsip tanggungjawab bersama dalam sistem demokrasi berparlimen.

Tambah Tun Faisal, tindakan tegas wajar dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar disiplin Kerajaan Perpaduan memandangkan negara masih mempunyai baki kira-kira setahun sebelum penggal Parlimen berakhir untuk memfokuskan pemulihan ekonomi dan keselamatan siber.

+ - reset