Berita Berita
Kipas gergasi jatuh ketika solat di KLIA, ibu sakit kepala, anak trauma mahu tidur
KUALA LUMPUR 11 Nov - Seorang wanita bersama anak kecilnya berdepan detik mencemaskan apabila sebuah kipas gergasi tiba-tiba terjatuh ketika mereka sedang menunaikan solat di ruang solat wanita sebuah masjid berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.
Kejadian itu dikongsikan sendiri oleh mangsa menerusi akaun Threads miliknya, @ismiummdhiahanawafanuh, yang meluahkan rasa syukur kerana dia dan anaknya terselamat daripada kecelakaan lebih serius.
Menurut wanita berkenaan, kejadian berlaku ketika anak-anaknya yang lain sedang mengambil wuduk, sekali gus mengelakkan lebih ramai daripada menjadi mangsa.
"Takdir Allah, saya dan anak terselamat daripada kecelakaan kipas besar masjid jatuh atas kami berdua. Mujur anak-anak lain masa tu saya suruh pergi ambil wuduk," katanya.
Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan dia mengalami kesakitan pada bahagian kepala akibat kejadian berkenaan, manakala anak kecilnya masih trauma terutama ketika hendak tidur.
Mangsa turut mengakui terkejut dengan insiden itu memandangkan ruang solat berkenaan sering dikunjunginya, selain keadaan kipas gergasi terbabit yang kelihatan masih baharu dan baik.
Menurutnya, perkongsian di media sosial itu bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mahu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan aspek keselamatan kemudahan awam, khususnya di rumah ibadat.
Sementara itu, kejadian berkenaan turut mengundang perhatian pengguna media sosial yang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan jemaah.
Rata-rata mereka menggesa pihak pengurusan masjid dan pihak berkuasa tempatan supaya memastikan pemeriksaan serta penyelenggaraan berkala dilakukan terhadap semua peralatan dan kemudahan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Berita berkaitan
November 11, 2026, 5:19 pm
Restoran 'nazak' kurang pekerja, kerajaan percepat pengambilan 15,000 pekerja asing
November 11, 2026, 5:09 pm
'Letak jawatan bukan sebab berprinsip, itu tanda protes” – Tok Mat kritik Anthony Loke
November 11, 2026, 2:16 pm
Protes pengampunan Najib dikira menderhaka kepada Agong — Zahid
November 11, 2026, 2:07 pm
Rombak Kabinet lebih wajar berbanding bubar Parlimen — Tun Faisal
November 11, 2026, 2:03 pm
Kanak-kanak 9 tahun lemas disambar buaya di Pulau Banggi
November 11, 2026, 1:54 pm
Keluarga tak dibenar tinggal bersama, Rosmah di Pavilion — Nurulhidayah perinci aturan tahanan rumah Najib
November 11, 2026, 1:42 pm
DBKL tambah 200 kamera badan tingkat ketelusan penguatkuasaan
November 11, 2026, 1:33 pm
Belum ada calon pengganti diserah kepada PM, Loke fokus tugas parti
November 11, 2026, 1:12 pm
