TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Protes pengampunan Najib dikira menderhaka kepada Agong — Zahid

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 11 Nov. – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menegaskan bahawa sebarang tindakan memperlihatkan unsur protes terhadap keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh dianggap sebagai menderhaka dan mencabar kuasa Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan media merafak sembah menjunjung kasih atas ketegasan titah Seri Paduka Baginda yang membawa kepada pelaksanaan tahanan rumah buat Najib.

Beliau menekankan bahawa keputusan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan itu merupakan kuasa serta hak Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong yang wajib dihormati oleh segenap lapisan institusi dan rakyat jelata.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa UMNO akan kekal teguh mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu.

Tambah beliau, Malaysia merupakan sebuah negara hukum dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mempertahankan setiap proses perundangan yang tertakluk dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset