Berita Berita
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
KUALA LUMPUR, 12 Nov. – Sebanyak 16,230 unit peranti pendidikan digital percuma merangkumi komputer riba, Chromebook, dan tablet telah diagihkan kepada 257 buah sekolah di seluruh negara menerusi 133 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sejak tahun 2022 hingga bulan lalu.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sumbangan melalui Yayasan Didik Negara (YDN) itu bertujuan menyokong keperluan pembelajaran murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) serta sekolah di kawasan luar bandar.
Menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong), beliau menjelaskan bahawa pengagihan tersebut dilaksanakan secara telus berdasarkan perakuan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD merentasi pelbagai institusi pendidikan termasuk sekolah pendidikan khas serta Sekolah Model Khas Komprehensif K9 dan K11.
Di peringkat institusi pula, Kementerian Pendidikan (KPM) telah membekalkan sebanyak 244,158 unit peranti melalui tiga fasa dari tahun 2021 hingga 2023 bagi melengkapkan kemudahan makmal komputer sekolah, selain sedang memperluaskan perkhidmatan sewaan peranti bagi baki 1,801 buah sekolah bermula suku ketiga tahun ini.
Mengulas aspek kesalinghubungan, Fadhlina memaklumkan bahawa setakat bulan lalu, sebanyak 8,955 daripada 10,259 institusi pendidikan KPM atau 87.28 peratus telah menikmati capaian Internet gentian optik berkelajuan antara 300 Mbps hingga 800 Mbps.
Bagi sekolah di kawasan pedalaman yang berdepan kekangan infrastruktur, KPM menyediakan perkhidmatan Internet berasaskan teknologi satelit berprestasi tinggi dengan kelajuan sehingga 100 Mbps mengikut kesesuaian geografi premis sekolah berkenaan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 2:29 pm
BSN perkasa sekolah lahirkan Safawi Rasid, naik taraf gimnasium demi pelapis atlet negara
November 12, 2026, 2:18 pm
BN-PN sasar menang 25 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka — Ab Rauf
November 12, 2026, 2:13 pm
Malaysia nafi sokong tindakan ketenteraan China ke atas Taiwan — PM
November 12, 2026, 2:10 pm
Bayaran pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih kekal — Saifuddin
November 12, 2026, 2:06 pm
Tahanan rumah: Najib dibenar tinggal bersama keluarga, dilarang sertai aktiviti politik — Saifuddin
November 12, 2026, 1:04 pm
Tahanan rumah Najib bukan hukuman dua darjat, orang miskin juga ada hak sama – Saifuddin
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:37 am
