Berita Berita
BN-PN sasar menang 25 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka — Ab Rauf
MELAKA, 12 Nov. – Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mampu menawan 25 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Sabtu ini.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, keyakinan itu bersandarkan perkembangan politik semasa termasuk kemelut dalaman yang melanda Pakatan Harapan (PH), selain sentimen rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakan pihak lawan yang didakwa seolah-olah tidak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong.
Berucap pada program Ramah Mesra Ketua Menteri Bersama Jentera BN DUN Taboh Naning hari ini, beliau optimis BN mampu meraih sekurang-kurangnya 21 kerusi dan mencapai sasaran 25 kerusi menerusi sumbangan rakan gabungan daripada PN.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa kerjasama erat antara jentera BN dan PN akan memastikan kemenangan calon BN, Datuk Zulkiflee Mohd Zin di kerusi DUN Taboh Naning pada hari pengundian 14 November ini.
Ab Rauf menambah, suasana kecelaruan politik semasa telah mendorong pengundi menilai semula kestabilan yang ditawarkan kedua-dua gabungan demi kebaikan dan masa depan negeri Melaka. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 2:29 pm
BSN perkasa sekolah lahirkan Safawi Rasid, naik taraf gimnasium demi pelapis atlet negara
November 12, 2026, 2:13 pm
Malaysia nafi sokong tindakan ketenteraan China ke atas Taiwan — PM
November 12, 2026, 2:10 pm
Bayaran pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih kekal — Saifuddin
November 12, 2026, 2:06 pm
Tahanan rumah: Najib dibenar tinggal bersama keluarga, dilarang sertai aktiviti politik — Saifuddin
November 12, 2026, 1:04 pm
Tahanan rumah Najib bukan hukuman dua darjat, orang miskin juga ada hak sama – Saifuddin
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:44 am
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
November 12, 2026, 10:37 am
