Berita Berita
BSN perkasa sekolah lahirkan Safawi Rasid, naik taraf gimnasium demi pelapis atlet negara
SETIU 12 Nov – Usaha melahirkan pelapis atlet negara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Nenas menerima suntikan baharu apabila Bank Simpanan Nasional (BSN) menaik taraf gimnasium sekolah berkenaan menerusi Program BSN Care Sekolah Angkat MADANI 2026.
Kemudahan yang diserahkan baru-baru ini bertujuan menyediakan persekitaran lebih kondusif dan selamat bagi menyokong pembelajaran teori serta latihan amali pelajar dalam mengembangkan potensi sukan mereka.
Sekolah di Setiu, Terengganu itu pernah melahirkan barisan atlet negara, termasuk pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid dan Azam Azmi, serta atlet olahraga, Azreen Nabila Alias dan Ruslem Zikry Putra Roseli.
Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, sokongan terhadap institusi pendidikan merupakan sebahagian daripada komitmen bank itu untuk memberi impak bermakna kepada komuniti, khususnya dalam pembangunan atlet muda yang berpotensi dan berdaya tahan.
“SMK Bukit Nenas membuktikan bahawa bakat sukan negara boleh lahir dari mana-mana pelosok jika diberi sokongan yang tepat. Kami berharap kemudahan yang ditambah baik ini dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi latihan, manakala sumbangan jaket dan beg sukan dapat menyemarakkan semangat berpasukan dalam kalangan mereka.
“BSN percaya bahawa pembangunan generasi muda perlu diperkasa secara menyeluruh, bukan sahaja dari aspek akademik, malah melalui pembangunan bakat, kemahiran dan pengetahuan kewangan untuk masa hadapan mereka,” katanya.
Menerusi program itu, lebih 265 pelajar turut menerima jaket dan beg sukan sebagai suntikan semangat untuk meneruskan usaha mencapai kecemerlangan.
Pelajar juga mengikuti Taklimat Literasi Kewangan bagi memupuk amalan menabung serta meningkatkan pemahaman mengenai pengurusan kewangan berhemah.
Program berkenaan turut dihadiri atlet sepak takraw negara, Muhammad Zulkifli Abd Razak, yang juga alumni SMK Bukit Nenas.
Beliau berkongsi pengalaman mengenai kepentingan disiplin dan ketekunan sebagai inspirasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan sukan di peringkat profesional.
Program BSN Care Sekolah Angkat MADANI 2026 merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat BSN bagi membantu meningkatkan kemudahan dan kualiti persekitaran pembelajaran di sekolah terpilih.
Inisiatif itu turut menyokong agenda kerajaan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan negara menerusi akses kepada kemudahan pendidikan yang berkualiti dan inklusif.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 2:18 pm
BN-PN sasar menang 25 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka — Ab Rauf
November 12, 2026, 2:13 pm
Malaysia nafi sokong tindakan ketenteraan China ke atas Taiwan — PM
November 12, 2026, 2:10 pm
Bayaran pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih kekal — Saifuddin
November 12, 2026, 2:06 pm
Tahanan rumah: Najib dibenar tinggal bersama keluarga, dilarang sertai aktiviti politik — Saifuddin
November 12, 2026, 1:04 pm
Tahanan rumah Najib bukan hukuman dua darjat, orang miskin juga ada hak sama – Saifuddin
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:44 am
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
November 12, 2026, 10:37 am
