Berita Berita
Tahanan rumah: Najib dibenar tinggal bersama keluarga, dilarang sertai aktiviti politik — Saifuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan tinggal bersama ahli keluarga terdekat ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi perintah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebenaran tersebut merangkumi isteri-isteri, anak-anak, menantu serta cucu beliau, namun sebarang kehadiran individu luar atau tetamu adalah dilarang sama sekali melainkan mendapat keizinan bertulis.
Menerusi penjelasan di Parlimen hari ini, Saifuddin menegaskan bahawa Najib juga tidak dibenarkan mendedahkan atau melibatkan diri dalam sebarang majlis keramaian, jauh sekali daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik sepanjang tempoh pelaksanaan perintah tersebut.
Terdahulu, Najib diperintahkan menjalani baki tempoh pemenjaraannya menerusi pelaksanaan tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta berkuat kuasa serta-merta. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 12, 2026, 2:29 pm
BSN perkasa sekolah lahirkan Safawi Rasid, naik taraf gimnasium demi pelapis atlet negara
November 12, 2026, 2:18 pm
BN-PN sasar menang 25 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka — Ab Rauf
November 12, 2026, 2:13 pm
Malaysia nafi sokong tindakan ketenteraan China ke atas Taiwan — PM
November 12, 2026, 2:10 pm
Bayaran pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih kekal — Saifuddin
November 12, 2026, 1:04 pm
Tahanan rumah Najib bukan hukuman dua darjat, orang miskin juga ada hak sama – Saifuddin
November 12, 2026, 11:46 am
Najib dibenar tinggal serumah bersama keluarga, guna telefon - Saifuddin
November 12, 2026, 11:33 am
Belum habis 2026, KESUMA puji prestasi cemerlang, komitmen berterusan PERKESO - Ramanan
November 12, 2026, 10:44 am
16,230 peranti digital percuma diagih kepada 257 sekolah sejak 2022 — Fadhlina
November 12, 2026, 10:37 am
